11 tips penjagaan bagi yg bermata 4 mcm say
Cermin mata bukanlah sesuatu yang asing bagi kita semua. Tips penjagaan cermin mata perlu diketahui oleh semua pengguna cermin mata tidak kira pengguna baru ataupun lama. Dengan penjagaan yang baik, hayat cermin mata mampu bertahan lama. Jadi tidaklah asyik kena tukar cermin mata baru saja. Jom kita lihat sebelas tips penjagaan cermin mata yang betul.
Gunakan bekas kaca mata dengan saiz yang sesuai, iaitu dari segi panjang, tinggi dan lebar. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. Sentiasa bungkus kaca mata dengan kain pembersih lensa sebelum memasukkan kaca mata ke dalam bekas agar lensa sentiasa dalam keadaan baik.
Bingkai, lensa, pad hidung dan benang nilon mungkin akan nampak sedikit buruk kerana sering digunakan. Dapatkan pemeriksaan pakar optikal sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memeriksa kaca mata anda bagi menentukan bahagian mana yang perlu diganti.
Kaca mata tidak berbingkai lebih mudah patah berbanding kaca mata berbingkai keluli. Jangan cuba memperbaiki kaca mata anda bagi mengelakkan kerosakan pada lensa atau bingkai.
Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga atau bingkai tiba-tiba terjatuh. Lensa juga mungkin akan jatuh daripada bingkai.
Jangan mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar. Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan sabun lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.
Jangan cuba membuka kaca mata anda dengan menggunakan sebelah tangan. Ini mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Selalu gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa.
Pegang kaca mata dengan cermat semasa membersihkan lensa dengan memegang bingkainya. Gunakan tisu lensa atau kain yang sesuai agar lensa tidak rosak.
Jangan meletak kaca mata atas permukaan yang kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia tercalar.
Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.
Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap.
Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak.
Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
fifi nak kongsikan beberapa perkara yang lelaki perlu tahu tentang diri wanita. Jom kita semak.
1.Wanita memang susah nak cari keburukan dalam diri lelaki yang dia sayangi.
2.Bila dia sedang sedih tetapi tiada menitiskan air mata ketahuilah bahawa dia sedang menangis di dalam hatinya.
3.Bila berlaku salah faham atau pertengkaran dan dia mengucapkan saya tak apa-apa atau dia kata saya okey itu bermakna dia tak okey. Dia cuba menyedapkan hati kamu dan menipu dirinya sendiri demi mencipta perdamaian.
4.Bila lelaki yang dicintainya merenung mata dia pasti hatinya cair seperti coklat.So sweet!
5.Sekiranya perempuan yang kamu telah tolak cintanya menjauhkan diri, biarkan dia mencari ketenangan. Cuba tegur dia perlahan-lahan jika terus mahu bersahabat dengannya.
6.Wanita akan mati mood jika lelaki terlalu serius dan tegas.
7.Jika wanita itu mencipta beribu alasan apabila kamu mengajaknya keluar bersama atau berbual di telefon itu bermakna dia tak berminat dengan kamu.
8.Jangan sesekali membuat kesimpulan atas apa yang kamu rasa terhadap dirinya. Tolong tanya dia sendiri untuk kepastian.
9.Ucapan ‘hi’ saja sudah mampu menceriakan hari wanita jika itu dari lelaki yang dia sayang.
10.Senjata wanita adalah air mata. Bukan dia mahu meraih simpati tetapi hanya untuk melegakan hatinya yang sedih atau marah. Lebih baik dia menangis dari dia bertukar menjadi ‘hulk’ kan?
11. Wanita sangat suka sesekali insan kesayangan membuat surprise seperti parti kejutan atau bunga, coklat dan sebagainya. Dia meresakan dirinya disayangi dengan setulus hati.
12.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang mengambil berat tentang dirinya.
0 ulasan:
Catat Ulasan